PENDAFTARAN EJEN
Terma dan Syarat sebagai pengedar produk Zet Sweet Box (Syarikat)- KRISPY KUACI
1. Pengedar dikehendaki membayar pendaftaran Pengedar sebanyak RM350. Pengedar akan mendapat Starter Pack:
· 5 bekas PERCUMA (150 gm)
· 1 keping bunting (2’x5’)
· 20 bekas Krispy Kuaci
2. 20 bekas pertama adalah untuk mengelakkan kesulitan tempahan supaya ejen dapat membuat PROMOSI dan jualan serta-merta.
3. Pengedar yang tidak aktif atau tidak membuat sebarang pembelian selama 3 BULAN berturut-turut akan digugurkan secara automatik daripada senarai pengedar berdaftar. Pihak syarikat berhak sepenuhnya membatalkan pendaftaran pengedar tanpa sebarang keraguan dan sebarang pertimbangan adalah di atas bud bicara pihak syarikat.
4. Minimum pembelian kedua dan seterusnya adalah 40 bekas dan keatas (40, 60, 80, dan seterusnya) pada bila-bila masa. Walaubagaimana pun sebarang sebarang perubahan minimum pembelian adalah tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat dari semasa ke semasa.
5 .Pengedar dikehendaki menjaga etika perniagaan dan silaturahim dengan Pengedar lain. Pengedar adalah DILARANG menukar label bekas, membungkus semula (repack), manipulasi harga jualan dengan tujuan bersaing dengan Pengedar lain atau mendapatkan lebih komisen. Pihak syarikat berhak membatalkan pendaftaran serta-merta tanpa ragu-ragu sekiranya terdapat Pengedar yang melanggar peraturan ini.
6. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas segala perihal atau masalah yang wujud di antara Pengedar dengan pelanggan.
7. Kos penghantaran produk akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Pengedar, yang mana jumlah nya adalah tertakluk pada syarikat penghantaran yang kami pilih.
8. Semua urusniaga adalah dalam bentuk TUNAI(CASH TERM). Segala pembayaran hendaklah dibayar penuh sebelum penerimaan produk.
9. Segala pembayaran hendaklah dilakukan atas nama ‘Zet Sweet Box’ kedalam:-
Bank: CIMB Bank
No. Akaun: 8600543147
10. Segala pembayaran (Pengedar dan pembelian produk) yang dilakukan oleh Pengedar tidak akan dikembalikan. Setiap produk hanya akan dihantar apabila pihak syarikat menerima pembayaran penuh oleh sistem kami.
11. Cara penyimpanan produk selepas pembelian adalah tanggungjawab Pengedar sepenuhnya.
12. Pihak syarikat berhak membatalkan pendaftaran Pengedar sekiranya didapati gagal atau tidak mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.
13. Keputusan pihak syarikat adalah muktamad dan sebarang pertimbangan adalah dari budi bicara pihak syarikat sepenuhnya tanpa keraguan.
14. Pihak syarikat berhak meminda dan mengubah terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.

